Tuesday, April 29, 2008
-
Reunion 3RKA05 - 270408
Assalamualaikum...
Hurm… Tadi dah cite pasal reunion 5 Agama. Kali ni nak cerita pulak tentang reunion 3RKA/05. (fuh, 2 hari berturut-turut buat reunion, pulun betoi la) Haha. Kita cerita skit sejarah 3 RKA ni. Kami semua ni satu kelas masa 2005. Masuk je Tingkatan 4, ramai yang bawa haluan masing2. Ada yg pergi MRSM, SBP, SMKA, SABAR, sek TEKNIK, ada gak yg tetap di Panglima termasukla diriku ini. Tapi walaupun still di Panglima, kami tetap berpisah sebab masing2 pilih aliran lain. Ada yang amik aliran akaun, sains & sains agama. So,maknanya yg meneruskan pengajian bahasa arab hanya lah 9 out of 27 orang termasuk 3 org yg berada di SMKA dan SBP.
Jadi, kami pon merancang nak buat reunion ni. Idea dicetuskan oleh Mazlina si budak MRSM Tranx. Yg jadi mastermind aku ngan Fairus. Hehe. Kami la yg sibuk contact diorang & arrange semuanya. Best kan fairus. Huahua.
senarai nama student 3rka/05 (klik gambar untuk imej yang lebih besar)
So, tibala masanya 270408. Pagi tu, aku ngan mak merajinkan diri membasuh kereta. Haha. Dah lam tak basuh keta rasanya. Hehe. Dalam kol, 9.45 pg Fathi pon sampai kat rumah. Kami dok satu taman. Pas tu hafiz dgn azmi pulak yg datang. Last but not least, shahirah pon muncul. Abah ngan mak pon ikut sekali, hehe sbb pagi tu mak ngan abah nak bawa adik aku ala, mujahid tu pergi Zoo Taiping. Yang lain kena tinggal kat rumah. Huhu. Kecian. Aku, fathi, shera, azmi & hafiz naik satu kereta sekali ngan mak & abah. Student laki yg lain nek moto. Fairus pulak bw lagi 5 org gurlz. Pagi tu hanya 15 org yg confirm dtg. Sedey2.
Dalam 45 minit kemudian, kami pon sampai la kat Taman Tasik Taiping. Taiping ni kiranya my second home la. Selalu sangat kat sini. Rumah tok wan, sedara mara pon kat sini, & kat sini la jugak aku lahir. Huhu. Aku bangga menjadi anak jati taiping. Wakaka. Tak gitu fairus. Hehe. Mak ngan abah bawa adik ke zoo. Kami berlima pon dok kat satu pondok sementara nak tggu fairus & yg lain2. dalam 10 minit lepas tu, fairus ngan kengkawan yg lain pon sampai. Lepas dah salam2, kami pon cari port baru. Port tepi tasik. Sambil2 jalan tu, kami amik gbr. Wakaka. & menghirup udara segar di lake garden. (skema2)
gambar kanan bawah sekali: azmeen cuba nak belah kepala nazir... ngeri2
Dah jalan2, kami pon jumpa la satu port ni. Ada bukit kecil, & betol2 tepi tasik. Pemandangan jangan ckapla. Masya Allah memang cantik. Masa kami tengah sembang2 sementara nak tggu budak laki yang lain, tetiba bunyi harimau mengaum. Waaaa! Port kami betol2 sebelah kandang rimau. Haha. Bes2. free2 je dpt dgr bunyi rimau mengaum. Hik2. then, kami collect duit. Haha. Sebab makanan x beli lagi. Takkan nak makan rumput & minum air tasik kot. Haha. pastu aku, fairus, azie ngan fathi pon pergi ke keta. Then, jumpa la bebudak laki yg len kat depan SERATAS. Apa lagi, collect duit kat diorang la pulak. Hehe.
makan-makan
Sampai kat KFC, satu kejutan melanda. Waaa!!! Bila masa X-Meal naik harga. Masa tgh arrange reunion ni, kami cek website KFC & tgk X-meal just RM7.20 je. Skang ni RM9.90. waaaa!!! Gler2 belum masuk tax lagi tu. Abih punah harapan kami nak beli kek. T_T lepas tu abang tu boleh tnya lagi pulak tu, nak regular ke large. Yg regular tu pon dh tercekik tgk hrganya, nak beli large, husih jgn harapla. RM12.90 pulak tu. X boleh jadi. Sabo2. rasa cam nak saman KFC je time tu. Mana tak nya syarikat besa2 cam tu, takkan website tak reti nak update. Eeeiii. Nasib baikla aku ada bawa buah & fairus bawa puding, boleh la tambah2 makanan. Waaaa!! Dugaan2. sementara nak tggu diorang siang2 ayam, potong2 salad, buat air, kami pon pegi The Store dulu. Fairus pon beli la makanan ringan sket2. then, singgah balik kfc & amik makanan. Diorang yg kena tinggal kat lake gardentu pulak tepon & hanta SMS kata dh lapaq. Waaa. Saba2. kami nak datang ni. T_T
azmeen main cak-cak
Sampai je kat lake garden, bebudak laki mintak tukaq port. Macam2 la diorang ni. May be diorang takut dgr bunyi rimau kot. Wakaka. Lantak la. Nak tukaq pon tukaq la. Pewot dah berkeroncong ni. Dah macam2 lagu dah ni. Huhu. Sambil makan2 tu, si azmeen buat la lawak yg ntah pape. Rasa nak gelak pon ada, rasa geram pon ada gak. Sabo je la ngan dia ni. Bila ingat2 balik time form3 dulu rasanya dia ni pendiam gak. Bila masa la dia ni berubah dgn begitu drastic sekali. Hurm….
Lepas dh makan & kemas2 kami pon pergi ke tempat naik itik. (itik ke angsa ek? Mana2 je la. Dua2 boleh berenang jugak kan) hujan turun. Ala relaxla, Taiping bandar paling basah kat Malaysia ni. Hujan tu biasa la. Kejap lagi berenti la tu. Hehe. Ada yang nak naik itik, ada yang nak naik bot. huahua. Bila fikir2 balik bes lagi naik bot sebab leh naik ramai2. kalau itik tu 2 org je sekor itik. Kena kayuh lagi. Adeh. So, kami pon naikla bot. masa first2 tu, lawak siot bot x balance. Huahua. Pastu pak cik tu suruh dok diam. Pak cik tu nak balancekan bot tu. Hehe. Lepas dh balance baru bot tu jalan. Waa!!! Best gler. Sepanjang kami nek bot tu, hujan langsung x turun. Alhamdulillah.
bot yang selalu tak balance... muahaha
Dalam bot tu, bukan main bising lagi. Tapi semua dok diam je. Takot2 bot tu xblance. Bukannya leh tuka2 tempat. Yg lawak nya fairus ckp ‘klu bot ni tenggelam aku cop dok atas wahyun.” Wakaka. Aku pon nak gak fairus. Hik2. dalam masa yg sama si azmeen bising2 & kutuk2 sapa2 yg pegi PLKN. Wakaka. Dia membebel la PLKN tu bukannya ada faedah pon. Huhu. Burn kan muka boleh la. Lebih baik cam kami keja dpt gak duit. Ish2. azmeen ni mmg x leh tutup mulut. Masa kat tgh2 tasik tu driver boat tu tuka tempat. Terus bot tu bergoyang2. masing2 menjerit. Huahua.
Pas tu, sepanjang kat tasik tu banyakla pondok2. dan dekat pondok2 tu ada la couple. Mazlina ngan slumbernya ckp. “wei2, amik gbr, amik gbr….tgk diorang tu” wakaka. Malu siot couple2 tu. Yang driver bot tu bengkek je tgk perangai kami yg x berapa nak betoi ni. Wakaka. Selepas setengah jam, kami pon sampai kat jeti mini tu. Abah ngan mak pon dh sampai. Sebelum masing2 balik, kami pon salam2. then, kami cadang nak wat reunion 6 tahun lagi. Lepas semua dh berjaya dgn kerjaya masing2. hehe. insyaAllah. Sedih gler time tu. Lepas ni masing2 dgn haluan masing2. dh x jumpa dh. Waaa!!!
azmeen posing "maut"
Lepas tu, kami singgah kat umah tok wan ku utk menunaikan solat zohor. Sambil2 tggu masuk waktu solat asar, aku, azmi, hafiz, shera ngan fathi sembang2 kat umah tok wan. Fathi ngan hafiz lak blaja sebut perkataan2 france. (note: rumah kedua hafiz ialah paris,france sebab tu la dia terer sebut perkataan2 tu). Aku ngan azmi pulak cite pasal politik kat Malaysia ni. Ehem2. hehe.
Dalam perjalanan pulang ke P.Buntar, kami singgah di Hiway, Bagan Serai. Hiway ni supermarket, kami singgah pon sebab nak beli air & adik aku mujahid tu nak beli mainan. (mainan lagi?!!) kami pon sampai umah kol 7 lebih cam tu. Kesimpulannya, kami memang enjoy reunion ni. Sape yg x pegi memang rugila. Kan fairus kan? Gonna missss u all lah. Muahhhh.
p/s: kalau nak baca cite reunion version lain klik hafiz & fairus. Panjang gler sy tulis. Lantak la. Wakakaka. Nak baca, layannn je. Klau x nak baca sudey.
Post a Comment
- Back to nisahaz's Xanga Site!
- Note: your comment will appear in nisahaz's local time zone: GMT +08:00 (China Coast)









Comments (6)
thanx nisah,fairus and especially mazlina coz cdgkan utk reunioun 3rka ni..shera memang njoy hari tuh!!
moga2
6 tahun yg akan dtg nie kita jd buat reunion 3 rka lagi..wkt tu br lg
best coz msg2 dah ada hidup sendiri dah.blh la dgr cite kerja kt
mana?jd apa?dah kahwin ke blum?hehe..okay..thanx once again to make my
day full of happiness..next time nisah n fairusla jd organiser lg
kay?!haha..bye and good luck in the future!keep in touch!
@shahirah -
bleh2 pas ni kami jadi organiser lagi... kahwin? hehe... lambat lagi... shera dulu kot... kay keep in touch... shera jom la join kami buat blog... wakakaka...
@nisahaz - boleh..no problem.tp bkn hari nilah..hehe
shera tgh tgu ada tajuk sesuai br start nk buat blog kt sini..kay..mgkn psl matrix or upu ke..haha..
@shahirah - aah. bila dh further study nanti buat la blog. bleh la kita sama2 tau hidup masing2...
dh kawen ke? dh keje ke?
hehe.
lawa la nisah decorate gambo2 nie camnie...
ha!!!dah ada idea nk tiru!!waakaka
camne kak edit gamba??